Sunday, 8 February 2015

SEJARAH TASIK CHINI



Tasik chini adalah satu tasik daripada tasik yang berdekatan dengan sungai Pahang .Tasik Chini yang merupakan tasik semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera.Pinggiran tasik berkenaan didami oleh suku kaum asli dan suku jakun.Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga LOTUS dari jun hingga Disember.Merujuk kepada lagenda orang asli,tasik chini didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai NAGA SRI GUMUM. Berdasarkan cerita rakyat,seekor naga ini menghuni Tasik Chini dan kisah ini turut dipaparkan di papan tanda Tasik Chini Resort untuk dibaca oleh pelancong yang melawat di situ.

      Menurut cerita orang tua-tua,satu ketika dulu suku kaum asli dan jakun datang ke kawasan hutan tebal lalu meneroka tanah di situ dan bercucuk tanam.Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang bertongkat dan mem beritahu tempat yang mereka terokai itu adalah tempat miliknya dan perlu meminta izin sebelum menerokainya.Akhirnya,wanita itu mengizinkan mereka  membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf nagi menguatkan tuntutanya.Wanita itu mencacarkan tongkatnya di tengah kawasan terokai itu.

  Kumpulan iut terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing. Seorang daripadanya mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terkejut ia didapati kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling kayu tajam untuk membuat tanaman kearah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.Dengan gementar,dia terus berlari dan menceritakan kepada rakan-rakanya ,tetapi rakanya tidak mempercayai.

  Ketika itu jugak,awan hitam menyelebungi langit diikuti dengan guruh dan hujan.Kumpulan orang asli itu berpecah dan lari pertempiaran mencari tempat untuk berlindung  dalam keadaan yang kelam kabut.Seorang daripadanya mencabut kayu yang dicacakan oleh wanita tadi.Ketika itu air tiba-tiba memancut keluar daripada lubang itu,bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai TASIK CHINI.

  Kisah dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitar kawasan alur yang terdapat  di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.Cerita lagenda ini menjadi buah mulut masyarakat dari dahulu hingga sekarang.  




TASIK CHINI

No comments:

Post a Comment