Sejarah Negeri Pahang bermula
sebelum didirikan kerajaan
Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung
Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya
kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya
sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai keRembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya
dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi
kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran,Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron
Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Asal Usul Nama
Negeri Pahang.
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama.
Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong
-Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di
bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah
Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan,
Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf
Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia
lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau
Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan
Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih
timah terutama di Sungai
Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai
Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung
Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang
menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri
Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu
ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang
dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan
Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.