Sunday 8 February 2015










MAKAM TUN TEJA.


Anak perempuan Bendahara Pahang, Sri Amar Diraja telah terpedaya dengan Hang Tuah dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah. Beliau mangkat sebagai permaisuri di Merlimau kira-kira 24km dari bandar Melaka, sewaktu berundur bersama keluarga diraja dari serangan Portugis pada tahun 1511.






PERIGI HANG TUAH.


Terletak di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah membesar bersama empat orang sahabatnya yang kemudian telah menjadi hulubalang Melaka. Perigi ini dikatakan menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu adalah mustahil. Dipercayai hanya mereka yang berhati suci dan warak sahaja berpeluang melihatnya.








MAKAM HANG JEBAT


Juara dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertempuran selama tiga hari tiga malam. Beliau mengamuk selepas cedera ditikam oleh keris Hang Tuah, 'Taming Sari'. Hang Jebat dianggap menderhaka oleh Sultan dan Hang Tuah walaupun demi menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Pertempuran antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu.

Persoalan yang terus diperbincangkan ialah penentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka, satu tindakan yang melampaui zamannya dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak pernah berbelah bagi ke atas sultannya. Kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah "Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah".

No comments:

Post a Comment