Warisan sejarah amat penting untuk
generasi akan datang.Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan dengan Pemeliharaan
dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana melalui kaedah ini,
warisan sejarah akan dapat dikekalkan sekiranya mereka berusaha untuk memahami
dan mendalami sejarah. Sesungguhnya, kita tahu pemeliharaan dan pemuliharaan
warisan sejarah adalah amat penting.
Langkah-langkah bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan dapat belajar serta lebih memahami apa yang telah berlaku pada negara kita, Malaysia. Selain itu, kaedah ini juga mampu menyedarkan masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang kepentingan sejarah untuk terus diingati oleh semua lapisan masyarakat. Antara pengajaran-pengajaran tersebut adalah seperti berhati-hati dengan kuasa asing sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu yang telah berjaya dikuasai oleh kuasa asing kerana pihak negara kita yang kurang berwaspada dengan kuasa asing pada ketika itu. Selain itu, sejarah juga mengajar masyarakat Malaysia untuk tidak bersikap individualistik sebaliknya harus bersikap berkerjasama dan bertoleransi . Hal yang demikian membuktikan betapa pentingnya sejarah untuk dipelajari dan dikekalkan untuk generasi akan datang.
Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan yang bersejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa dan Dutch Square di Melaka. Bangunan tersebut merupakan bangunan peninggalan bagi penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda di Malaysia yang berlangsung selama lebih dari 300 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah tersebut juga boleh membezakan negara kita dengan negara lain kerana bangunan-bangunan tersebut boleh membekalkan ciri-ciri fizikal yang berbeza daripada negara-negara lain. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan pelancong yang datang ke negara kita. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa sejarah bukan sahaja penting untuk generasi akan datang malah sejarah juga penting untuk membangunkan dan memajukan negara dari pelbagai bidang seperti bidang pelancongan.
Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan
hari ‘Sejarah Sedunia’ bagi setiap beberpapa tahun. Hari Sejarah Sedunia
perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati sejarah. langkah yang boleh
dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah.. Oleh itu,
bersama-samalah kita berusaha untuk mengekalkan warisan sejarah negara. Usaha
ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada kita malah kepada generasi akan
datang. Tambahan pula usaha tangga kejayaan, sekiranya kita sama-sama berusaha
pastinya kejayaan akan dicapai dan matlamat negara untuk mengekalkan sejarah
negara kepada generasi akan datang akan turut dicapai.
No comments:
Post a Comment